Thursday, August 6, 2009

hati dan perasaan

mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan insan yang salah sebelum bertemu dengan insan yang betul. Apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian itu.

***

memang benar kita tidak akan mengetahui apa yang kita punyai sehingga kita kehilangannya serta kita tidak akan tahu apa yang kita rindui sehingga rindu itu datang pada diri kita.

***

memberi keseluruhan cinta bukanlah satu kepastian mereka akan mencintai kita kembali. jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan ia mekar didalam hati .

***

hati yang ceria boleh diwajahkan dengan wajah yang ceria, tetapi wajah yang gembira belum tentu menggambarkan hati yang ceria.

***

Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.

***

Lihatlah disekeliling kamu, dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan, jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan, buat pedoman.

***

Jika awan melindungi matahari, jangan meratap,

kerana nanti akan menjelma pelangi

dan kalau langit bagaikan runtuh,

jangan menangis

itu hanyalah satu mimpi.

Jika kau menyayangi seseorang,

biarkanlah dia pergi

jika dia menyayangi dirimu,

dia pasti akan kembali

***

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit.

dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

***


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails