Maafkan diriku oh kekasih
Kerana terpaksa mencurahkan
Segala isi hatiku ini
Niat ikhlasku agar kau memahami
Semenjak kau pergi
Aku sunyi
Hanya bertemankan bayanganmu
Gerimis hujan dimala syahdu
Batinku menjerit memanggil namamu sayang
Ku terhumban kesepian
Tak siapa yang peduli
Kurawati duka ini
Dengan titis air mata
Betapa seksa hidupku kini oh kekasihku
Terhampar rinduku tak bermaya
Bukannya mudah nak ku hapuskan
Segala kenangan
Kerana aku masih sayang
Andai masih ada
Ruang dihatimu
Izinkanlah aku menumpang
Sebelum terlewat hadirlah kau sayang
Biarpun sekilas dapat ku memandangmu

No comments:
Post a Comment